Semilir

Semilir
Semilir

26.3.17

KN@Beluran



Kami tiba di pasti Al Hadi, Beluran dari Kinabatangan pada jam 9 malam... Ketibaan kami disambut oleh ustz Ibrahim dan juga sahabat2 yg lain..

Setelah selesai sesi taaruf, tibalah masa yg dinanti nantikan... iaitu makan.. 😋😋😋😋. Malam ni makan udang lagi.. 🦐🦐
 
Seterusnya kami dibawa ke penginapan homestay utk berehat..
 


sesi ikat kain

Pada keesokkan harinya, setelah selesai sarapan kami terus bergerak ke pasti al hadi dimana tempat  program bakal dijalankan. Sesampai disana, para peserta sudah ramai membanjiri kawasan tersebut dan dari air muka, bercampur perassan gembira dan juga takut..




taklimat



 
 Setelah sesi penerangan dilakukan oleh pihak penganjur dan dr Fathi,  program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 1.00 ptg utk sesi pagi..


sabar menanti giliran

Setelah berhenti berehat  utk makan tengahari di restoren ayam penyet 👍🏻👍🏻👍🏻, program kembali bersambung....




barisan ajk





dan yang menariknya ianya dimulakan dengan 4 orang peserta berkeperluan khas.. ini memberikn pengalaman yang berbeza utk kami untuk menangani kes seperti ini. Alhamdulillah berkat kerjasama semua pihak, ianya dapat diselesaikn dengan jayanya 😁😁


3 bersaudara dah dpt sijil :)

Program tamat jam 4.30 ptg. Alhamdulillah, seramai 38 org peserta berjaya dikhatankn.. 👏🏻👏🏻👏🏻. Satu rekod untuk khatan nusantara kali ini..
 

Tidur atau pura pura tidur?
Setelah selesai berkemas, kami semua menuju ke muara untuk bersiar dan juga minum petang.. Pasukan bersurai pada waktu Maghrib di mana pasukan doktor beredar ke bndar Sandakan manakala team kk pulang ke kk.. 👋🏻👋🏻


team kali ini, jumpa lagi tahun depan
 

24.3.17

KN@ Kinabatangan 2

Alhamdulillah usai pgrm Khatan Nusantara @ Sabah Anjuran PAPISMA (NGO Doktr2 muslim) di Pasti tadi.. seramai 29 org berjaya beralih ke alam 'dewasa' he2.
 
Xsangka bjumpa dgn junior Di Uni. Dr Annurdin dr PAPISMA dan team.. yg komited mmbntu soal kefardhuan sebgini.. semoga jasa baik mereka ni diberkati Allah..
Jika geng doktor pun masih ada masa menabur bakti dgn hal sumbangan sosial bgini kita??.. bercuti dr kerja semata2 utk kerja tanpa gaji sebeginj?? Subhanallah..
 
 
Mudha2an kepedulian urusan umat bgini akan diteruskan.. dan diberkati serta diterima oleh Allah.
Sabda Nabi SAW; " barangsiapa yg tdk mengambil tahu hal ehwal umat Islam, maka dia bukan dr kalangan umat Islam".
Tq ya semua jgn serik dtg lagi..
 





 
 
 
 
sumber :

KN@Kinabatangan



 Kami semua seramai 6 org bertolak dr telupid seusai Maghrib. Setelah singgah sebentar di restoren rosalinda anak mama untuk melepaskan dahaga, kami semua bergerak ke Kinabatangan dengan menaiki van. Kami semua tiba di Kinabatangan pada jam 10.00 mlm dan disambut oleh ustaz zaidi dan sahabat2 yg lain..
Selain itu hidangan ikan singgang dan daging bakar juga telah tersedia menanti.. (sorry yg ini xde gambar, lapar sgt bohh..😅)
 
why so serious??
Setelah selesai kami semua berehat di pasti darul ulum kerana  hari pun sudah semakin lewat dan bakal memulakn program keesokan harinya


sesi taklimat
Program hari kedua di kinabatangan bermula pada tepat jam 8.00 pagi. Ini dimulakan oleh ucapan ringkas dari tn rumah dan juga dari doktor Annurdin.


wajah ceria sebelum, semasa dan selepas

Setelah selesai menukar kain dan sesi bergambar, peserta pertama dipanggil masuk..
Seperti tahun2 sebelumnya, peserta di kinabatangan ini cepat panas dan menambahkn lagi keceriaan kami sewaktu bekerja..


Ali sentiasa setia menemani kawan2nya


udang besar pinggan!!
 
Sesi pagi berakhir jam 12.30 utk berhenti solat dan juga makan tengahari..
Kali ini kami dijamu dgn udang galah gred A+ sebesar pinggan!! 🦐🦐

tunggu giliran

Program diteruskan lagi pada jam 2 ptg. Kali ini semua peserta sgt2 sporting dan menyebabkan doktor yang bertugas mengambil masa yang sangat singkat untuk menyiapkan seorang peserta 😁.


focus..

Akhirnya program tamat pada jam 4.00 ptg dan Alhamdulilah seramai 29 org peserta telah berjaya di khatankan kali ini di Kinabatangan.. 👏🏻👏🏻👏🏻

Sebelum kami semua bergerak ke destinasi ketiga dan terakhir, sempat lagi pekena bakso di restoren ni... nyaman..





 

23.3.17

KN@Telupid



Para pengkhatan telah sampai di airport sandakan pd jam 8.30 mlm dan terus disambut oleh cikgu Marzuki dan cikgu Mad. Kami semua telah dibawa utk makan malam sebelum meneruskn perjalanan ke Telupid iaitu 2 jam perjalanan dari bandar Sandakan. Di Telupid, pasukan pengkhatan menginap di rumah cikgu Marzuki..( kami yg rasmikan dulu😅)..Jam 1.30 pagi barulah group dari kk iaitu yii, akim dan andang sampai di penginapan... ( kami dah lama pengsan zzzz).  

Esoknya, jam 7.00 pg kami semua bersarapan di bandar Telupid, sebelum meneruskn perjalanan ke pasti al fateh di mana para peserta telah menunggu. Setelah taklimat ringkas oleh ketua pasukan perubatan, dr Fathi, program dimulakan pd pukul 8.30 pagi..

Pasukan pengkhatan berhenti berehat pd jam 12.30 tghari utk solat dan juga makan.Makanan yg disajikan mmg terrrrbbbaaaiiikkkkk 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻. Program disambung pada jam 2.00 petang hingga 4.30 petang. Alhamdulillah, seramai 32 org peserta selamat dikhatankan yang berumur di antara 8 hingga 15 tahun.Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang program. Cuma suasana tangisan rayuan sentiasa memeriahkn lg suasana.. 😅..



persiapan barangan sebelu program bermula

wajah wajah ceria para peserta seusai khatan
aktiviti sebelum dan selepas


taklimat

antara aksi peserta dan petugas yang sempat dirakamkan



Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada tuan rumah (pasti al fateh) kerana telah menyusun program kali ini dengan lancarnya...

Diharap kita akan berjumpa lagi pada tahun hadapan.