Para pengkhatan telah sampai di airport sandakan pd jam 8.30 mlm dan terus disambut oleh cikgu Marzuki dan cikgu Mad. Kami semua telah dibawa utk makan malam sebelum meneruskn perjalanan ke Telupid iaitu 2 jam perjalanan dari bandar Sandakan. Di Telupid, pasukan pengkhatan menginap di rumah cikgu Marzuki..( kami yg rasmikan dulu😅)..Jam 1.30 pagi barulah group dari kk iaitu yii, akim dan andang sampai di penginapan... ( kami dah lama pengsan zzzz).
Esoknya, jam 7.00 pg kami semua bersarapan di bandar Telupid, sebelum meneruskn perjalanan ke pasti al fateh di mana para peserta telah menunggu. Setelah taklimat ringkas oleh ketua pasukan perubatan, dr Fathi, program dimulakan pd pukul 8.30 pagi..
Pasukan pengkhatan berhenti berehat pd jam 12.30 tghari utk solat dan juga makan.Makanan yg disajikan mmg terrrrbbbaaaiiikkkkk 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻. Program disambung pada jam 2.00 petang hingga 4.30 petang. Alhamdulillah, seramai 32 org peserta selamat dikhatankan yang berumur di antara 8 hingga 15 tahun.Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang program. Cuma suasana tangisan rayuan sentiasa memeriahkn lg suasana.. 😅..
![]() |
wajah wajah ceria para peserta seusai khatan |
![]() |
aktiviti sebelum dan selepas |
![]() |
taklimat |
![]() |
antara aksi peserta dan petugas yang sempat dirakamkan |
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada tuan rumah (pasti al fateh) kerana telah menyusun program kali ini dengan lancarnya...
Diharap kita akan berjumpa lagi pada tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment