Semilir

Semilir
Semilir
Showing posts with label catatan. Show all posts
Showing posts with label catatan. Show all posts

22.7.17

Info

Kalau anak lelaki anda, mengadu sakit dikemaluan (zakar) atau kesusahan untuk kencing, dengan erti kata lain disebut 'bebird buta'. Maka segeralah berjumpa doktor.
Bird buta dikenali sebagai Phimosis. Ia merupakan keadaan 'normal' yang terjadi kepada kanak2 lelaki sehingga umur 5-7 tahun. Ada juga terjadi kepada kanak2 lelaki yang berusia lingkungan 10tahun ia di kenali sebagai Physiological Phimosis.
 
Keadaan boleh dinilai apabila melihat hujung zakar mengembang seperti belon apabila kanak2 kencing. Ia terjadi kerana kulit zakar yang masih melekat pada zakar.
** Secara semulajadinya, kulit zakar ini akan terlerai perlahan2 dari zakar.
 
Oleh kerana kulit melekat pada zakar dan tidak dapat ditarik balik. Ini menyebabkan air kencing terpaksa keluar melalui satu lubang yang sangat kecil pada hujung kulit ini.
Dengan aliran kencing yang laju, ini menyebabkan air kencing bertakung dalam ruang antara kepala zakar dan kulit.
 
Takungan atau pengumpulan ini menyebabkan kepala zakar seolah-olah kembang macam belon untuk seketika.
Perkara ini boleh dibiarkan melainkan pada keadaan bila mana ia tidak dikategorikan normal JIKA;
• Anak kelihatan meneran untuk kencing.
• Sakit ketika kencing
• Kencing kelihatan berdarah.
• Berlaku jangkitan pada air kencing.
• Berlaku jangkitan pada zakar seperti kemerahan atau kelihatan 'discharge' berbau yang keluar pada kulit zakar.
 
Apa yang perlu dilakukan jika didapati anak anda mengalami masalah Phimosis?
Jumpa dengan doktor untuk mendapatkan penerangan.
Beri laluan kepada doktor untuk melakukan pemeriksaan.
Doktor mungkin menasihatkan anda untuk meregangkan kulup setiap hari secara perlahan-lahan dengan harapan ianya menjadi lebih longgar. Walau bagaimanapun, perlu dilakukan berhati2 kerana bimbang zakar cedera.
Jika semua langkah ini gagal, doktor akan mencadangkan supaya prosidur bersunat (Circumcision) dilakukan.
--

Jagaan selepas berkhatan

1) KEBERSIHAN
~ Hujung kepala zakar harus sentiasa kering dan bersih selepas berkhatan.
~ Elakkan penggunaan produk yang lain selain dibekalkan oleh hospital. Kerana bimbang potensi jangkitan kuman berlaku pada zakar.
~ Cuci hujung zakar dengan air suam selepas membuang air kecil bagi mengurangkan rasa ngilu. (Mengikut keselesaan kanak2 atau bayi mana yang bersesuaian)
** Bagi bayi atau kanak2 yang masih menggunakan lampin pakai buang, pastikan lampin pakai buang mereka ditukar sekerap mungkin terutama apabila membuang air besar. Air kencing dan najis boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka berkhatan.
Secara umumnya, kulit zakar pada bayi akan pulih dalam 7-10 hari. Bagi kanak-kanak dan lelaki dewasa, pemulihan sepenuhnya mengambil masa 5 – 7 hari.
 
2) UBATAN
Beri ubatan yang dibekalkan oleh hospital (jika ada) apabila perlu terutama ubat menahan sakit. Rujuk doktor untuk dos yang betul.
Ubat sapu (jika ada), sapu dengan cara yang betul. Pastikan tangan anda juga bersih (dicuci dahulu) sebelum sapu ubat.
 
3) REHAT
Pastikan anak2 rehat selepas berkhatan. Biarkan mereka berbaring dan jauhkan dari melakukan aktiviti lasak selepas berkhatan seperti berbasikal, berlari, main bola sepak dan main smack down dengan adik beradik. Tujuannya bagi mengelakkan luka berdarah dan menggalakkan bengkak untuk surut.
 
4) PAKAIAN
Bersunat akan menyebabkan kanak2 tidak selesa. Kebiasannya zakar akan menjadi merah, kesan jahitan akan bergeser dengan kainan jika anak2 memakai sleuar dan ini akan menyebabkan rasa sakit. Pakaikan anak2 pakaian longgar/kain pelekat sehingga luka sembuh.
Jahitan pada zakar pula TIDAK PERLU di buka. Ia akan terlerai sendiri. Janganlah dok belek bila dia lerai. Pastikan kebersihannya sahaja.
 
5) JUMPA DOKTOR jika;
√ Berlaku perdarahan yang berterusan diluka jahitan.
√ Bengkak tidak surut untuk tempoh masa yang lama.
√ Anak mengadu sakit yang ketara apabila membuang air kecil
√ Anak tidak kencing dalam 6-8 jam selepas berkhatan.
√ Zakar kelihatan berlaku jangkitan seperti
i Keluar discaj berbau
ii Bengkak
iii Demam
iv Sakit
(Ini juga dikenali sebagai bentan oleh masyarakat melayu)
 
 
 
Rujukan:
💌 urology.ucsf.edu

18.12.16

Catatan Semalam

2016..
Khatan Nusantara..
 
setiap lelaki terutama yg muslim..akan menempuhi saat getir ini berhadapan dgn situasi panik..kebanyakkan kanak2 akan menghadapi sedikit msalah utk dipujuk n ditenangkan.. stiap tahun..air mataku akan mngalir bila berdepan dgn kanak2 comel yg kesakitan xmau bersunat..(aku pun menangis bah dulu2)..hihi..dan aku jugalah yang bertindak sbagai org yg akan memegang kanak2 yg xdapat di kawal smasa proses khatan ..alhamdulillah..thun nie 4 hari kami berjalan menempuhi segala ujian n rintangan di tempat masing2..tahniah kepada smua dan trime ksih atas segalanya..
 
 
 
 
 
sumber :

11.12.15

Aku yang mencatat

Khatan Nusantara@Sabah&Sarawak 2015
 
Sudah terlalu lama aku tidak menulis dengan memasukkan perasaan. Sudah hampir 5 tahun rasanya aku hanya menulis dengan mengutamakan fakta. Ketika aku memutuskan untuk mencatat perjalanan Khatan Nusantara kali ini dengan unsur perasaan, terlebih dahulu aku meminta sahabatku Al Aarifin untuk mencatatnya lebih awal. Aku memuji-muji gaya penulisannya yang baik untuk memberinya semangat menulis.. Apa pun Al menolaknya dengan baik. “Akhir-akhir ini `mood’ tidak sampai”, katanya.

         Akhirnya aku memutuskan untuk menulis sendiri. Khatan Nusantara ini aku yang memulakan, biarlah aku sendiri yang menulisnya kali ini. Kesempatan di dalam pesawat Malindo OD 1005 ini aku gunakan sepenuhnya untuk mencatat. Mudah-mudahan ia jadi satu dokumen yang berfaedah suatu hari nanti.

          Aku diarahkan bertugas di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk 2 tahun bermula Januari tahun 2013. Di situlah terbitnya ilham untuk memulakan Khatan Nusantara ini. Hasrat itu timbul bila mana aku dimaklumkan oleh rakan-rakan, baik rakan-rakan sekerja atau rakan-rakan di masjid atau rakan di dalam usrah, bahawa masih ramai belia-belia di Sabah ini yang belum berkhatan pada usia yang lewat belasan tahun. Puncanya sama ada tiada wang, tiada kesedaran ataupun baru memeluk Islam, kata rakan-rakan.

Dr. Awisul, di Menipir, Keningau 2013
         Beberapa bulan sesudah berada di Sabah, aku berbual-bual dengan rakan seusrah, Firdaus namanya. “Apa kata jika kita bawa kawan-kawan untuk program khatan beramai-ramai di Sabah?”, aku bersuara. “Boleh saja, boleh diatur”, jawabnya selamba dan yakin. Sahabat itu memperkenalkan aku pada Hj Rahimin, anak kelahiran Sabah yang ayahnya berasal dari Kelantan. “Hj Rahimin banyak jaringan di Sabah ini”, tambah Firdaus.

          Haji Rahimin memang berminat dengan tawaran tersebut. Langsung dia bertanya bila tarikhnya. Aku mencongak-congak di dalam kepala. “Minggu kedua cuti sekolah akhir tahun”, jawabku. “Saya perlu masa cari kawan-kawan dan saya perlu cari dana”, aku memberitahu Hj Rahimin ringkas. Haji Rahimin bersetuju dan sesudah itu aku giat mempromosi mencari kumpulan pengkhatan dan penaja untuk menjayakan khatan beramai-ramai di Sabah itu.

          Beberapa mesyuarat ringkas diadakan bersama wakil-wakil daerah yang dihubungi Hj Rahimin untuk menjayakan program tersebut. Akhirnya kami putuskan untuk mencuba di tiga daerah dahulu, Kota Belud, Keningau dan Putatan. Masa berlalu dan hari berganti, aku berjaya mengumpul beberapa sahabat yang memang mahir mengkhatan sejak belasan tahun dahulu. Mereka sanggup datang sukarela. Aku janjikan akan belanja mereka makan ikan, udang dan ketam Laut China Selatan yang segar di Sabah ini. Jika kita berniat menolong agama Allah, pasti Allah mudahkan urus niaga kita, aku menanam keyakinan di situ. Akhirnya aku berjaya mengumpul dana beberapa ribu ringgit, kebanyakannya dari sumbangan kawan-kawan lama sekolah menengah MRSM dahulu.

          Dengan wang itu aku belikan alat-alat untuk mengkhatan, alatan kekal dan alatan pakai buang, cukup untuk 4 orang pengkhatan, cukup untuk 150 orang kanak-kanak. Tiba-tiba timbul ilham untuk menamakan program tersebut sebagai Khatan Nusantara, mengambil nama Kepulauan Melayu yang besar itu. Aku letakkan penganjur utamanya PAPISMA (Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia), sebuah NGO berorientasi amal dan kebajikan yang aku sudah terlibat agak lama. Rakan kongsi utama penganjur kami ialah Yayasan Amal Malaysia.

        Akhirnya masa yang dinanti itu tiba. Aku menyambut beberapa orang kawan pengkhatan di lapangan terbang Kota Kinabalu pada penghujung November 2013. Tidak dapat aku mengingat senarai penuh pengkhatan-pengkhatan tersebut. Mereka semuanya bermalam di rumahku di Taman Luyang pada malam pertama dan pagi esoknya awal-awal lagi kami berangkat ke Kota Belud, 70km dari Kota Kinabalu untuk program yang pertama. Aku agak berdebar-debar kerana itulah program khatan beramai-ramai yang pertama kami anjur di bumi Sabah. Mudah-mudahan Allah permudahkan.
 
 



Pengalaman pertama mengkhatan di bumi Sabah itu agak sedikit `pelik’ kerana kanak-kanak yang dikhatan bukannya berumur 7 ke 11 tahun tetapi sebaliknya 12 ke 15 tahun. Ramai yang sudah tumbuh bulu ari-ari tetapi masih belum dikhatan. Kami tersenyum-senyum sesama kami apabila berhadapan dengan kanak-kanak yang sudah berumur remaja itu. Ubat bius terpaksa diberikan lebih banyak, tetapi yang hebatnya ialah tiada suara tangisan, tiada yang ingin lari dan tiada ibu atau ayah yang memujuk. Mereka naik sendiri ke atas meja khatan dan menyerah diri. Tiada jeritan sewaktu ubat bius dicucuk, hanya wajah yang selamba, almaklum sudah besar-besar semuanya..

          Hampir 50 orang kami khatankan di Kota Belud sebelum bergegas ke perjalanan seterusnya yang agak jauh, Keningau. Alhamdulillah, tidak banyak masalah. Penduduk kampung tidak putus-putus mengucapkan terima kasih. Kami senyum dalam keletihan. Perjalanan seterusnya perlu melintasi Banjaran Crocker yang begitu tinggi di negeri Sabah itu untuk sampai ke Keningau. 3 jam setengah perjalanan dari Kota Belud untuk sampai ke sana. Kami melintasi banjaran yang sentiasa berkabus dengan jarak penglihatan terhad itu pada waktu malam. Perjalanan yang agak mendebarkan, tetapi keletihan menyebabkan sebahagian kami tertidur di dalam van.

          Tiba di keningau, Ustaz Hisyam menyambut kami dengan mesra. Kami dihidangkan masakan daging rusa yang lazat. Rusa oleh orang-orang Sabah di panggil payau, sebahagian makanan eksotik di sini. Selepas makan kami ditempatkan di sebuah homestay untuk tidur sementara menanti untuk tugasan esoknya. Malam itu kami tidur lena dan berdengkur kerana keletihan mengkhatan anak-anak remaja di Kota Belud. Sebelum tidur sempat kami bergurau tentang anak-anak remaja Kota Belud yang sedikit lewat dikhatankan itu. Apakah esok bakal serupa gayanya?

dimulakan dgn tazkirah pagi sebelum memulakan tugas
           Esok paginya, seperti yang diduga, di Keningau juga kanak-kanak yang dikhatankan ramai yang telah mencapai usia remaja, kami tersenyum-senyum lagi. Di Keningau lain pula ceritanya. Ustaz Hisyam merayu kami untuk mengkhatan di dua tempat, pagi dan petang. Jarak antara dua tempat itu lebih kurang 45 minit perjalanan. Kami yang telah keletihan, tidak banyak pilihan, melainkan mengangguk sahaja. Sesi petang bermula sekitar pukul 3.30 p.m dan berlarutan hingga 8 malam. Di Sabah, maghrib bermula sekitar 6 petang, tetapi kami teruskan juga mengkhatan pada waktu malam setelah orang kampung menambah lampu di tempat berkhatan. Hampir 70 orang kami khatankan pagi dan petang.

          Kami bertolak pulang pada malam tersebut juga kerana esoknya satu lagi tempat menanti di Sembulan. Kami melintasi Banjaran Crocker sekitar jam 12 tengah malam. Terjadi satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan dipertengahan jalan melintasi banjaran tersebut, tetapi rasanya tidak perlu diceritakan di dalam catatan ini. Biarlah pengkhatan-pengkhatan sahaja yang mengingatinya, untuk buatkan mereka tersenyum sendirian dengan kenangan tersebut. Dek kerana peristiwa sedih tetapi lucu itu kami sampai lewat ke Kota Kinabalu, sekitar jam 2 pagi. Mujurlah esoknya, program berlangsung hanya 3 km dari rumahku, tempat kami menginap, jadi selepas subuh kami sambung semula tidur sehingga jam 8.30pagi sebelum bergegas untuk program khatan hari ketiga dan terakhir. Akhirnya kami berjaya mengkhatan sekitar 150 kanak-kanak untuk program Khatan Nusantara tiga hari berturut-turut sesi yang pertama itu. Malamnya kami membalas diri sendiri dengan makan seafood yang enak-enakk di Waterfront, tempat gerai-gerai seafood yang terkenal di Kota Kinabalu. Semua puashati dengan lazatnya makanan, tidak ambil pusing lagi dengan harga yang dibayar.

           Haji Rahimin sangat gembira, aku juga gembira. Hj Rahimin minta aturkan lagi untuk tahun 2014, aku juga setuju. Haji Rahimin minta aturkan 2 team, supaya dapat khatankan 6 tempat, aku setuju juga. Promosi dibuat lagi, 2 team berjaya dibentuk. Kali ini kami lebih semangat, seorang sahabat pengkhatan, Haniif yang ada kenalan di Bank Affin berjaya mendapatkan penajaan. Aku sangat gembira, bajet yang ada cukup untuk modal mengkhatan 300 orang. Aku beli lagi alatan Khatan cukup untuk 10 pengkhatan. Kami sediakan T-Shirt untuk dipakai pengkhatan, tertera tulisan Khatan Nusantara- Sempurnakan Ibadah dan Kebersihan Diri dengan Berkhatan. Akhirnya hujung November 2014 tiba. Aku sambut lagi kawan-kawan sukarelawan pengkhatan di Airport Kota Kinabalu.

           Kota Belud dan Pitas hari pertama, lebih 100 orang di khatan. Bergegas ke Keningau satu team dan satu team lagi ke Sandakan, tujuh jam perjalanan merentasi Sabah dan meredah malam. Lebih 100 orang di Khatan. Sembulan dan Beluran pada hari ketiga, stamina dan perjalanan jauh. Lebih 100 orang di khatan. Total melebihi 300 orang. Kami tersenyum dalam keletihan. Terasa puas walaupun letih. Kami membalas diri kami dengan menghiburkan diri ke Pulau Sapi pada hari keempat, snorkeling sambil bermain-main ikan.

           Khatan Nusantara semakin dikenali, lalu seoarang sahabat mencadangkan, kenapa tidak diluaskan ke Sarawak? Lalu aku bertanya,”Ada orang sanggup ambil tanggung jawab ke?”. Dr Fozi yang sudah `otai’ berminat dan berjanji akan mengusahakannya. Dengan janji Dr Fozi aku semakin yakin mempromosi. Akhirnya promosi dan cabaran bersambut dan team-team pengkhatan di Sarawak mula dibentuk. Sarawak lebih mencabar daripada Sabah kerana ianya lebih luas dan panjang, melibatkan perjalanan dan komunikasi yang lebih mencabar. Namun aku tetap yakin, sekiranya kamu ingin menolong agama Allah, pasti Allah akan menolong kamu.

           Team-team dibentuk, jaringan dibuat, persediaan berjalan adakalanya lancar, adakalanya mencabar untuk tahun 2015. Pada satu ketika ingin sahaja aku batalkan Khatan Nusantara untuk tahun 2015. Aku sendiri sudah berpindah ke Semenanjung bermula Januari 2015. Mehnah-mehnah politik yang melanda Malaysia sepanjang 2015 sedikit sebanyak turut mengganggu fokus dan konsentrasi diriku. Namun bila mengingatkan sebahagian ayat-ayat Allah surah al-Insyirah, `selepas kesulitan akan ada kemudahan, selepas kesusahan akan ada kesenangan’, aku teruskan jua usaha untuk menjayakan Khatan Nusantara@ Sabah&Sarawak 2015.

            Kesenangan itu sedikit terasa apabila Gombak Medical Centre bersetuju memberi zakat sebanyak RM10,000 untuk menjayakan khatan di Sarawak. Terasa satu beban sudah terangkat. Kesukaran seterusnya ialah mencari pengkhatan. Kehadiran Dr Annurdin membantu Dr Fozi begitu mengujakan. Dia berjaya membentuk jaringan bersama Yayasan Amal dan identifikasi pengkhatan dan lokasi dibuat dengan lebih rancak. Beberapa orang mencadangkan agar alat pengkhatan cauteri digunakan untuk khatan kali ini supaya lebih pantas, dan ia benar-benar membantu. Dr Azrin dan Dr Fozi adalah heronya dengan cauteri berpalam-pin. Orang lain sekadar cauteri bateri.

bersama peserta di Pulau Gaya, 2016
           Akhirnya tarikh yang dinantikan itu tiba, pantai timur Semenanjung Malaysia sedang sibuk membuat persediaan menghadapi banjir. Kami sampaikan keprihatinan dengan doa, sebaliknya kami ke Pulau Borneo ini untuk satu lagi tuntutan dakwah dan fardhu kifayah. Diceritakan bahawa ketika Nabi Ibrahim berkhatan, usianya sudah 70 tahun, tetapi kerana pentingnya berkhatan itu, tetap dia berkhatan walau sudah lanjut usianya.

           28 November hingga 1 Disember 2015, Khatan Nusantara@Sabah&Sarawak berjalan. 14 tempat di Sabah dan Sarawak berturut-turut menerima kunjungan team mudim Khatan Nusantara Papisma. Kuching, Sadong, Sarikei, Rejang, Belawai, Bintulu dan Miri untuk Sarawak. Di Sabah pula Kota Belud, Ranau, Keningau, Sook, Pulau Gaya, Sepanggar dan Sembulan. 486 orang dikhatankan.

         Ramai yang terlibat, daripada students, pembantu perubatan sehinggalah doktor2 pakar. Beberapa individu & NGO lain turut membantu. Tahniah dan terima kasih semuanya. Lebih RM26000 dibelanjakan. Semoga usaha kecil kita ini dapat memberatkan timbangan kebaikan kita di akhirat nanti.

          Seorang kanak-kanak yang kita khatankan, lalu dengan itu lebih baik kebersihan dirinya dan lebih sempurna ibadahnya kepada Allah. Mudah-mudahan kita para sukarelawan semua akan mengecapi pahalanya. Khatan Nusantara akan terus bergerak lagi, tahun demi tahun. Semoga kita istiqamah di dalam amalan, walaupun kecil.
 
 
Awisul Islah Ghazali
Khatan Nusantara
Papisma
 

copy n paste fb dr.awisul

29.11.13

Khatan Nusantara, Di Sini Ianya Bermula



Khatan Nusantara. Di sini segalanya bermula. Tanggal 29 November 2013, bertempat di rumah Dr Awisul, telah berkumpul beberapa orang petugas untuk melaksanakan program KN ini. Bertitik tolak dr sinilah program KN terus berkembang tahun demi tahun.

Santai sebelum bertolak ke tempat program

taklimat ringkas dr Dr. Awisul

demo utk tindik telinga

Bilal

Wajih