Semilir

Semilir
Semilir

16.1.17

Kebaikan Berkhatan

Kebaikan dan kelebihan berkhatan atau bersunat untuk lelaki. Musim cuti persekolahan sudah bermula, justeru bermulalah juga musim berkhatan bagi kanak-kanak lelaki Islam di Malaysia. Menjadi satu budaya masyarakat di Malaysia untuk mengkhatankan anak lelaki sewaktu musim cuti sekolah.

Kesedaran mengenai berkhatan sudah berkembang dalam kalangan bukan Islam yang melakukan khatan secara sukarela kerana faedah kesihatan yang banyak. Berkhatan adalah memotong kulit di hujung kemaluan lelaki yang biasanya dipanggil kulup (foreskin).

 Kulup meliputi kepala zakar (glan penis) dan biasanya akan melekat antara satu sama lain dan susah dipisahkan. Ia akan lebih mudah dipisahkan apabila kanak-kanak itu meningkat umur remaja.

Dari sudut sejarah sesetengah ulama berpendapat yang berkhatan bermula dengan Nabi Adam dan ada juga pandangan manusia pertama yang berkhatan ialah Nabi Ibrahim. Yang pasti amalan berkhatan diamalkan sejak ribuan tahun lalu kerana wujud ukiran pada piramid di Mesir.

Berkhatan sesuatu yang menakutkan kanak-kanak lelaki dan di dalam Islam, berkhatan adalah amalan yang disyariatkan dan amat dituntut. Dalam Mazhab Syafie, hukum berkhatan adalah wajib sama ada terhadap lelaki atau perempuan manakala bagi Mazhab Hanafi, berkhatan hukumnya adalah sunat sahaja bagi kedua-dua lelaki dan perempuan.

Dalam mazhab Hambali pula, Imam Ahmad berpandangan ia hanya wajib terhadap lelaki. Adapun ke atas perempuan, hukumnya hanyalah sunat. Selain perintah agama, ia untuk kesihatan individu itu juga.

 
Syariat Berkhatan
 
Waktu berkhatan tidak disyaratkan ketika kecil. Dalam budaya masyarakat Arab dan Yahudi, berkhatan dilakukan ketika bayi lagi.

Bagi masyarakat Melayu pula, biasanya berkhatan dilakukan sewaktu kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun.

Dalam riwayat daripada Saidatina Aisyah menceritakan: "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua." (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim).

Kebanyakan ulama berpendapat, khatan wajar dilakukan ketika budak lelaki meningkat umur baligh. Malah ada ulama berpendapat, lebih afdal bagi pihak ibu bapa atau penjaga melaksanakan khatan ke atas anak lelaki mereka sejak mula hari kelahirannya.

Seorang ulama terkenal, Ibnu Juzaiy mempunyai pendapat berbeza yang ditulis dalam kitabnya al-Qawanin al-Fiqhiyyah. Beliau menggalakkan waktu khatan dilewatkan hingga anak itu boleh diajarkan solat iaitu sekitar umur tujuh hingga 10 tahun.

Beliau menghukumkan makruh dilakukan khatan ke atas bayi pada hari pertama kelahirannya dan pada hari ketujuh kelahirannya kerana ia menyerupai amalan kaum Yahudi.

Ibnu Juzaiy juga berpendapat adalah amat dituntut diadakan jamuan makan sempena majlis berkhatan bagi lelaki tetapi tidak bagi majlis khatan wanita.

 
Berkhatan dan Kesihatan

Pada sudut kesihatan pula dengan berkhatan seseorang mengutamakan kebersihan dan kesucian, mengawal dan menstabilkan nafsu syahwat terutama bagi wanita serta memberi keselesaan sewaktu bersetubuh.

Apabila tidak berkhatan, wujud kotoran yang berkumpul di antara kulup dan kepala zakar dipanggil 'smegma' yang boleh menyebabkan jangkitan kuman dan juga punca kepada kanser zakar. Sains membuktikan amalan berkhatan ini mempunyai banyak faedah kesihatan berdasarkan kajian yang dijalankan.

Antara hasil kajian yang nyata mendapati kadar kanser zakar adalah jauh lebih rendah dalam komuniti yang mengamalkan berkhatan seperti Muslim dan Yahudi.
Kajian terbaru menunjukkan kadar penyakit kelamin adalah rendah dalam kalangan lelaki yang berkhatan. Kajian ini mendapati jangkitan penyakit sifilis adalah lebih rendah dalam kalangan lelaki yang berkhatan.

Kajian Cochrane Meta Analysis di Afrika pada 2007 jelas menunjukkan berkhatan boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV dalam kalangan lelaki yang aktif seksual dari 38 peratus hingga 66 peratus dalam tempoh 24 bulan.

Kesimpulan daripada kajian ini mencadangkan lelaki digalakkan berkhatan untuk mengurangkan penularan wabak HIV di kawasan pinggir Sahara Afrika. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan antara program mencegah HIV ialah dengan menggalakkan amalan berkhatan.

Berkhatan juga mengurangkan insiden jangkitan HSV-2 sehingga 28 peratus dan berkait dengan penurunan prevalen HPV dan risiko jangkitan kuman saluran kencing. Justeru, secara tidak langsung, juga mengurangkan risiko isteri mendapat kanser pangkal rahim
 
 
 
sumber : myMetro

18.12.16

Catatan Semalam

2016..
Khatan Nusantara..
 
setiap lelaki terutama yg muslim..akan menempuhi saat getir ini berhadapan dgn situasi panik..kebanyakkan kanak2 akan menghadapi sedikit msalah utk dipujuk n ditenangkan.. stiap tahun..air mataku akan mngalir bila berdepan dgn kanak2 comel yg kesakitan xmau bersunat..(aku pun menangis bah dulu2)..hihi..dan aku jugalah yang bertindak sbagai org yg akan memegang kanak2 yg xdapat di kawal smasa proses khatan ..alhamdulillah..thun nie 4 hari kami berjalan menempuhi segala ujian n rintangan di tempat masing2..tahniah kepada smua dan trime ksih atas segalanya..
 
 
 
 
 
sumber :

16.12.16

KN@Papar

Program Khatan Nusantara
12 Disember 2016
 
 
Program Khatan Nusantara @ Sabah 2016 Yang Telah Di Anjurkan Oleh Pertubuhan Amal Pertubuhan Ibnu Sina Malaysia ( PAPISMA ) Dengan Kerjasama Persatuan Siswazah Sabah Papar & Jabatan Amal Kawasan Papar.
Program Yang Menghimpunkan Anak2 Asnaf & Anak2 Sekitar Kawasan Papar.
Semoga Usaha Yang Kecil Ini Dapat Memberikan Sedikit Manfaat Untuk Anak2 Sekitar Kawasan Papar.
 
In Syaa Allah Akan Diteruskan Pada Tahun Akan Datang.  
-Admin PSS Papar-
 




taklimat dari Dr Abir yang hensem :)






 
 
 
 
 
sumber :

14.12.16

KN @ Pulaun Gaya

12/12 - Misi Khatan Nusantara Pulau Gaya
 
 
Pulau Gaya penutup kpd misi kali nie. Lebih 300 Org anak2 remaja seluruh sabah berjaya disempurnakan tuntutan taharah mereka pd misi kali ini.
 
 
Tahniah kpd #PERIHATeam ( Papisma Emergency Respond & Humanitarian Team
 
 
 
Tq kpd sahabat2 dr #medikUMS & senior2 mudim dr #papisma. Moga ukhuwah berkekalan..
 




 
 
 
 
sumber:

Khatan Nusantara @ Tawau





13.12.16

KN@Keningau

Disertai oleh Seramai 50 org kanak2 dr kg sekitar Keningau. Keningau adalah bandar terletak disebalik banjaran croker.
 
Teknik Khatan yang diguna pakai ialah samada Dorsal Slit atau Guillitone menggunakan cautery utk mengurangkan pendarahan.
 
 



 
 
 
Saya recommend Electrocautery Pro Malaysia . Sangat membantu untuk program di kawasan pedalaman.
Sumbangan boleh disalurkan pd :
AKAUN KHATAN NUSANTARA PAPISMA
BANK ISLAM 03054010037726
 
 
sumber :

KN@ Kota Belud

PROGRAM "KHATAN NUSANTARA" di Pondok Al-Fateh Pusat Pendidikan Muhammad Al-Fateh . Tahniah buat semua yg menjayakan majlis ini.
Kg.Rosok Bugaron Kota Belud Sabah.
 
 






 
 
 
sumber :